EKONOMI > BERITA

KEJATUHAN HARGA EMAS HANYA SEMENTARA -- ANALISIS

21/03/2026 06:46 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Harga emas yang kini sedamg ditekan ke bawah selepas pasaran mencair, hasil sebenar meningkat dan permintaan fizikal ditangguhkan buat sementara waktu, bukanlah penyimpangan dalam tinjauan makroekonomi jangka panjang, kata seorang penganalisis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata emas kini “terjerat” dalam fasa peralihan kerana pelabur silap membaca permainan akhir makroekonomi yang lebih luas atau peralihan ke arah pelonggaran dasar monetari.

“Pasaran masih berpegang kepada idea bahawa bank pusat boleh menaikkan faedah tanpa apa-apa kesan, seolah-olah sistem ini boleh menyerap kadar yang lebih tinggi tanpa akibat,” katanya melalui satu nota hari ini.

Kadar faedah yang lebih tinggi telah meningkatkan tekanan merentas pasaran kredit, ekuiti dan pertumbuhan ekonomi, terutamanya dalam sistem kewangan global yang sangat bergantung kepada hutang serta leveraj.

“Lebih lama sesuatu kadar dikekalkan terhad, tekanan dalam kredit, ekuiti dan pertumbuhan akan mula memuncak, yang mana keadaan ini seterusnya akan menyebabkan pangsi,” katanya.

Innes berkata apabila dasar monetari menjadi pangsi dan hasil mula menurun, emas dijangka kembali kukuh apabila pelabur kembali kepada logam berharga itu yang akan bertindak sebagai lindung nilai terhadap ketidaktentuan ekonomi.

“Emas bukan jatuh. Ia sedang terurai dalam pasaran yang salah membaca akhir permainan,” katanya.

Awal hari ini, agensi berita kerajaan Turkiye, Anadolu Agency melaporkan bahawa harga emas menyaksikan kejatuhan mingguan terbesar sejak 1983, menurun lebih 10 peratus kepada bawah ambang US$4,500 (US$1=RM3.933.

“Berlegar antara US$4,477.5 hingga US$4,735.81 seauns pada hari Jumaat, harga emas berada pada US$4,509.08 setakat 1940GMT, merosot tiga peratus setiap hari,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan