EKONOMI > BERITA

GEORGE KENT TERBIT SUKUK RM80 JUTA

27/03/2026 03:36 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- George Kent (Malaysia) Bhd telah mengumumkan terbitan sukuk berjumlah RM80.0 juta dalam nilai nominal berdasarkan program sukuk wakalahnya.

Syarikat kejuruteraan itu melalui satu kenyataan berkata terbitan itu telah disiapkan mengikut terma program dan membentuk sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengekalkan struktur modal yang seimbang serta mampan.

“Kejayaan langkah ini mencerminkan akses berterusan syarikat kepada pasaran modal, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kekuatan kredit George Kent dan prospek jangka panjangnya.

“George Kent kekal fokus pada pengurusan modal berhemat dan akan terus menilai pilihan pembiayaan yang sejajar dengan objektif strategiknya termasuk meningkatkan nilai pemegang saham jangka panjang,” katanya lagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan