EKONOMI > BERITA

MAG CATAT UNTUNG BERSIH TINGGI RM137 JUTA PADA 2025

02/04/2026 12:06 PM

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Malaysia Aviation Group (MAG) melonjak kepada RM137 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, meningkat lebih dua kali ganda daripada RM54 juta pada 2024. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A Bakar berkata pencapaian ini mencerminkan pelaksanaan disiplin MAG serta tumpuan berterusan terhadap pengurusan kos dan kecekapan operasi.

Perolehan kumpulan itu naik kepada RM14.5 bilion, meningkat sebanyak enam peratus tahun ke tahun didorong oleh permintaan terhadap perjalanan yang berterusan, langkah mengoptimumkan rangkaian dan prestasi komersial yang berdisiplin.

Walaupun berdepan cabaran pada suku pertama 2025 berikutan kekangan kapasiti dan teknikal sebelum ini, Nasaruddin berkata keyakinan pengguna telah dipulihkan secara berperingkat.

“Walaupun jumlah penerbangan meningkat, tumpuan berterusan terhadap disiplin operasi telah membawa kepada perkembangan yang lebih baik, dengan tiga suku tahunan berturut-turut mencatatkan prestasi kukuh, mencapai prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 81 peratus pada akhir tahun,” katanya pada sidang media sempena Kemas Kini Prestasi Tahunan MAG hari ini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan