PENIAGA MAKANAN RUGI RM200,000 DIPERDAYA SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD

20/09/2024 04:12 PM

JOHOR BAHRU, 20 Sept (Bernama) -- Seorang peniaga makanan kerugian RM200,000 selepas mendakwa terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud pada pertengahan Ogos lepas. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir berkata lelaki berusia 46 tahun itu terlihat iklan pelaburan di Facebook yang menawarkan keuntungan RM100,000 dalam tempoh dua hari bagi modal RM10,000.

Beliau berkata mangsa dikatakan hanya perlu membuat bayaran ke atas akaun yang diberikan dan menunggu pulangan wang. 

“Mangsa yang tertarik dengan kaedah mudah dan komisen tinggi itu kemudiannya telah melakukan lima transaksi pembayaran ke atas akaun sebuah syarikat berjumlah RM200,000 pada 3 hingga 15 Sept lepas bagi mendapatkan keuntungan yang banyak. 

“Bagaimanapun, mangsa berasa ditipu apabila tidak menerima keuntungan dijanjikan dengan diberikan pelbagai alasan, sebaliknya dia diarahkan untuk membuat lagi bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Beliau berkata susulan itu, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan