DALANG UTAMA SINDIKET BAWA MASUK WARGA ASING DISERAH KEPADA SPRM SELANGOR

21/09/2024 09:05 PM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki disyaki dalang utama yang bersubahat dengan sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara menggunakan modus operandi 'Counter Setting' diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk siasatan lanjut.

Sumber SPRM memaklumkan, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan SPRM Negeri Sembilan pada Rabu lepas dan direman hingga Isnin ini (23 Sept) selepas permohonan dibuat di Mahkamah Seremban. 

"Suspek dipercayai bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk tujuan permohonan reman.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan