PENGANGGUR WANITA DIDENDA RM2,000 BUANG BAYI BELAKANG RUMAH

22/09/2024 04:41 PM

MACHANG, 22 Sept (Bernama) -- Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuang bayi lelaki yang masih bertali pusat di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini tiga minggu lepas.

Majistret Amal Razin Alias menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Nabila, 22, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh membayar denda itu.

Siti Nabila ibu kepada bayi berusia sehari itu didakwa meninggalkan bayi berkenaan dengan niat untuk membuangnya, di belakang sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Sungai Bedal pada 6 petang, 7 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisya Nai'lah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan