POLIS SIASAT DAKWAAN BULI DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI KL

05/10/2024 08:40 PM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata setakat ini pihaknya menerima lima laporan berhubung isu terbabit.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kita sudah merakam keterangan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan seorang penyanyi berumur 51 tahun mendedahkan anak lelakinya berusia 14 tahun dibuli dan kesal dengan tindakan pihak sekolah yang didakwa bukan sahaja tidak peka, malah tiada tindakan terhadap masalah buli di sekolah berkenaan.

Selain itu, terdapat ibu bapa lain di sekolah sama mendedahkan anak mereka dibuli enam pelajar di institusi terbabit sejak akhir tahun lepas hingga kini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan