POLIS MOHON BANTUAN ORANG RAMAI KESAN NARDEEP KAUR

25/10/2024 04:55 PM

KUANTAN, 25 Okt (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang semalam di Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nardeep Kaur, 38, daripada ibu saudara wanita itu pada 11.21 pagi semalam.

Beliau berkata wanita itu kali terakhir dilihat di Taman Saga, Bentong dengan pakaian kemeja-T dan berseluar panjang.

“Nardeep Kaur berkulit hitam manis mempunyai ketinggian kira-kira 153 sentimeter dan berbadan sederhana,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Zaiham berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2231999.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan