KPDN JOHOR REKOD RM29.2 JUTA NILAI RAMPASAN

28/10/2024 07:51 PM

KLUANG, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merekodkan 956 kes atas pelbagai kesalahan membabitkan nilai rampasan sebanyak RM29.24 juta tahun ini. 

Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo berkata hasil rampasan berkenaan melibatkan hampir 69,000 jenis premis termasuk pengilang, pemborong, pasar raya dan peruncit.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan kompaun bagi pelbagai jenis kesalahan berjumlah RM392,800.

“Dengan ada tindakan penguatkuasaan ini, terutamanya pemeriksaan yang secara berterusan menunjukkan KPDN Johor sangat cakna, sangat prihatin kepada kepentingan pengguna-pengguna di negeri ini.

“Dalam masa yang sama, juga kutipan jumlah denda mahkamah kepada mereka yang melakukan kesalahan adalah RM623,000,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2024 Deepavali Peringkat Negeri Johor di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Sementara itu, Lilis Saslinda berkata KPDN Johor memberi jaminan bekalan makanan mencukupi bagi menghadapi musim banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

“Bagi tempoh MTL, KPDN memberi kebenaran kepada pemborong terpilih (DDW) dan peruncit terpilih (DDR) untuk menyimpan bekalan makanan melebihi kadar ditetapkan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir,” katanya

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan