POLIS KESAN SAKSI KEMALANGAN MAUT LIBAT PENUNGGANG MOTOSIKAL

30/10/2024 09:35 PM

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, pada Sabtu lepas, yang mengorbankan seorang penunggang motosikal untuk tampil membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata kemalangan kira-kira 1.10 tengah hari itu melibatkan sebuah motosikal bernombor pendaftaran PPN 6955 ditunggang mangsa disyaki dilanggar oleh kenderaan lain.

"Mangsa iaitu seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Noor Athirah Najihah Bukhari menerusi talian 010-4055142 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan