PASANGAN PENGASAS PLATFORM FESYEN DALAM TALIAN BERI KETERANGAN KEPADA SPRM

05/11/2024 08:59 PM

PUTRAJAYA, 5 Nov (Bernama) -- Pasangan pengasas perniagaan fesyen dalam talian tempatan hari ini memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Setakat 8 malam, pasangan berkenaan yang hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini sejak 2.30 petang masih belum keluar dari bangunan itu.

Menurut sumber, proses merekod keterangan sedang berjalan yang dijangka hingga 10 malam, sebelum disambung esok.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pasangan berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.

Setakat semalam, beliau berkata empat saksi dari PNB, Khazanah dan Kementerian Kewangan telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan terbabit.

Semalam, SPRM telah menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain serta merampas pelbagai dokumen untuk tujuan siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan