JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Pertukaran Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Tidak Berkaitan Kes CBT- Zambry

07/11/2024 04:14 PM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Langkah menggantikan Prof Emeritus Datuk Raduan Che Rose dengan Tan Sri Mohd Khamil Jamil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) tiada kaitan dengan pendakwaan di mahkamah membabitkan Raduan pada Ogos lepas, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata langkah itu merupakan proses penggantian biasa.

“Apabila tiba masanya seseorang pergi (tamat tempoh berkhidmat), mereka akan pergi dan kemudian kita perlu mencari pengganti. Itu adalah perkara biasa untuk sebarang proses penggantian," katanya kepada pemberita selepas Dialog Meja Bulat Naib Canselor Amerika Syarikat-Malaysia: Kerjasama dalam Pendidikan Tinggi 2024 hari ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi pada Selasa lepas mengumumkan Mohd Khamil yang juga bekas pengarah urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad dilantik bagi menggantikan Raduan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM berkuat kuasa hingga 3 Nov 2027.

Raduan, 64, yang juga presiden Majlis Profesor Negara (MPN) didakwa atas tujuh pertuduhan pecah amanah (CBT) membabitkan RM271,000 daripada dana majlis itu.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan