JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Lokasi Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI Ditukar Ke KLCC - Fahmi

08/11/2024 06:33 PM

PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) -- Lokasi penganjuran Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Nov ini ditukar ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

"Ini telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) dalam mesyuarat hari ini, antara lain mungkin faktor lokasi dan ruang yang menjadi pertimbangan," katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini.

Lokasi penganjuran sambutan itu sebelum ini ditetapkan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata sambutan itu dijangka dihadiri oleh seluruh jentera pentadbiran negara termasuk Perdana Menteri dan Jemaah Menteri selain ketua-ketua jabatan serta agensi. 

"Perincian program-program yang akan diadakan sempena sambutan ini akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan