JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Raub Dilanda Banjir

10/11/2024 10:18 AM

KUANTAN, 10 Nov (Bernama) -- Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh apabila 99 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) awal pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub berkata hujan berterusan sejak 11 malam tadi, menyebabkan dua kampung di daerah itu iaitu Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali dinaiki air mulai 12.30 tengah malam. 

“Pada 3.45 pagi,  PKOD (Pusat Kawalan Operasi Daerah) APM Daerah Raub menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian banjir di dua kampung tersebut.

“Anggota APM Raub bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu memindahkan penduduk terjejas ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut kenyataan itu, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berkaitan kejadian tidak diingini akibat banjir dan akan terus berwaspada memandangkan cuaca tidak menentu. 

Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, paras Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub, mencecah 133.46 meter (m) melebihi tahap waspada iaitu 133.33m, setakat 8.30 pagi ini. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan