KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bagi menzahirkan rasa penghargaan kepada semua penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara, Astro, syarikat peneraju kandungan dan hiburan Malaysia, melancarkan "Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam", iaitu pek hiburan berbaloi yang menawarkan penjimatan hingga RM960.
Dalam kenyataan hari ini, Astro memaklumkan tawaran yang merupakan sebahagian daripada pek Astro One itu menyediakan pelbagai kandungan premium Astro termasuk pelbagai saluran pilihan, program tempatan Astro, Astro Originals, hiburan on demand, serta akses Astro Go.
Astro menyatakan tawaran itu kini tersedia kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di Malaysia dan pek istimewa ini mencerminkan tanda penghargaan syarikat itu kepada kakitangan kerajaan dengan menawarkan hiburan pada harga lebih berpatutan dan memberikan nilai tidak terhingga.
"Dengan memperakui kepelbagaian minat penjawat awam dan juga keluarga mereka, pek ini merangkumi pilihan untuk perkhidmatan penstriman, berita, pendidikan, sukan, filem, serta hiburan tempatan dan antarabangsa sambil turut memaksimumkan bajet hiburan mereka," menurut kenyataan itu.
Sebagai sebahagian daripada Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam, semua petugas kerajaan akan menikmati tawaran eksklusif dan diskaun untuk Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One, menjadikan pek paling popular Astro yang lebih berpatutan dan mudah diakses.
"Tawaran ini termasuk penjimatan besar hingga RM960 berserta tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan pemasangan Plug & Play percuma," menurut kenyataan itu.
Pek Entertainment Astro One menyediakan akses kepada lebih 100 saluran dengan membariskan kandungan tempatan serta antarabangsa yang direka untuk setiap isi rumah.
Kadar eksklusif sebanyak RM39.99 sebulan berbanding harga runcit yang disyorkan (RRP) iaitu RM49.99 sebulan, pelanggan boleh menikmati rancangan popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, dan Astro Originals First Wives.
"Tambahan pula, dengan akses percuma untuk Astro Go, pelanggan boleh strim kandungan kegemaran mereka tidak kira masa, di mana jua," menurut kenyataan itu.
Bagi peminat sukan, Pek Sports Astro One mempunyai segalanya dalam Pek Entertainment Astro One dengan tambahan siaran langsung kandungan sukan termasuk Liga Premier, acara BWF, Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Formula 1, MotoGP, kriket dan tenis dengan hanya RM69.99 sebulan (RRP RM99.99 sebulan).
"Para pelanggan dengan Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak (RRP RM9.99) dengan akses kepada enam saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, dan CBeebies," menurut Astro.
Sementara itu, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro Tai Kam Leong dalam kenyataan sama berkata syarikat itu memahami tanggungjawab yang dipikul oleh penjawat awam dalam membentuk negara dan pek istimewa ini mencerminkan tanda penghargaan Astro.
"Sebagai sebuah syarikat yang sudah sebati dalam masyarakat Malaysia, Astro telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara untuk sekian lama, menghubungkan keluarga dan komuniti melalui kepelbagaian isi kandungan dan perkhidmatan kami yang pelbagai," katanya.
Astro komited menyokong kesejahteraan masyarakat Malaysia dan mengiktiraf sumbangan penting penjawat awam kepada pembangunan negara, serta percaya inisiatif ini bukan sekadar memberi nilai kepada penjawat awam, tetapi juga mengukuhkan ikatan antara Astro dengan komuniti.
Penjawat awam boleh mendaftar pek tawaran eksklusif bermula pada hari ini menerusi www.astro.com.my/penjawatawam atau melalui WhatsApp 603-95433838.
Bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara diperlukan semasa proses pendaftaran, tertakluk kepada terma dan syarat, serta harga diskaun bulanan dan tontonan percuma sah selama 24 bulan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial