GEORGE TOWN, 26 Okt (Bernama) -- Penutupan Jalan Negeri P14 iaitu Jalan Tun Sardon (Bukit Baru) dekat sini akibat runtuhan cerun sejak Khamis lepas, dilanjutkan sehingga 31 Okt.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata buat masa ini, tiada tanah runtuh atau bencana baharu direkodkan di jalan itu hari ini.
“Pasukan kontraktor Jabatan Kerja Raya telah memulakan kerja pembersihan di lokasi selamat dilalui buat masa ini.
“Laluan masih ditutup kepada orang awam dan dilanjutkan sehingga 6 petang 31 Okt,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jalan Tun Sardon yang menghubungkan Paya Terubong ke Balik Pulau ditutup sejak 6 petang Khamis lepas ekoran runtuhan cerun dipercayai berlaku kesan hujan lebat berterusan yang bermula awal pagi hari sama.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial