SEPANG, 26 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi berlepas pulang malam ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur.
Pesawat membawa perdana menteri wanita pertama Jepun itu berlepas pada 9.50 malam.
Terdahulu, beliau telah diberikan upacara pelepasan pulang dengan hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Takaichi dan delegasinya.
Lawatan Takaichi ke Kuala Lumpur adalah yang pertama selepas beliau menjawat jawatan berkenaan pada Selasa lepas (21 Okt).
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan anjuran Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hingga Selasa ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial