JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Labuan, Sabah Berkuat Kuasa Esok Hingga 5 Nov

03/11/2025 05:13 PM

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa esok hingga 5 Nov.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, situasi berkenaan dijangka melanda kawasan Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah di Kelantan; Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Selain itu, kawasan dijangka terjejas di Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala di Melaka melibatkan Jasin serta Tangkak; Segamat, Muar dan Mersing di Johor.

Di Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang serta Pedalaman (Sipitang) di Sabah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan