JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Monsun Timur Laut Bermula Khamis Ini Hingga Mac Depan - MetMalaysia

10/11/2025 03:51 PM

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula Khamis ini (13 Nov) dan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, memaklumkan hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah.

“Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan episod hujan lebat sepanjang monsun dengan sentiasa memantau maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial agensi itu, atau talian hotline 1-300-22-1638.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan