JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

MCMC Terima Anugerah Pengiktirafan Khas Kerajaan Dan Agensi Teknikal Selangor

22/11/2025 06:05 PM

CYBERJAYA, 22 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Pejabat Negeri Selangor (SSO) menerima Special Recognition Award for Government and Technical Agencies in Selangor sempena Majlis Selangor Investors Appreciation Award yang berlangsung pada 20 Nov lepas.

Anugerah berkenaan disampaikan Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin dan diterima bagi pihak MCMC oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC Bukhari Yahya.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen berterusan MCMC melalui SSO dalam menyokong pembangunan infrastruktur komunikasi, meningkatkan kesiapsiagaan teknikal, serta memperkukuh ekosistem pelaburan di Selangor melalui kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri, agensi teknikal dan rakan industri.

"MCMC mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga SSO dan warga MCMC atas kerjasama padu yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.

"MCMC akan terus komited dalam memperkasa pembangunan infrastruktur komunikasi,  meningkatkan ketersambungan dan menyokong agenda pelaburan negeri serta negara," menurut MCMC.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan