JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

PM Anwar Terima Peletakan Jawatan Shamsul Iskandar Sebagai Setiausaha Politik Kanan

26/11/2025 11:59 AM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar turut mengucapkan terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang dicurahkan oleh Shamsul Iskandar sepanjang berkhidmat.

“Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera tanpa sebarang campur tangan luar.

“Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, serta memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Semalam, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Baru-baru ini, bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa agar Perdana Menteri mengambil tindakan, termasuk kemungkinan siasatan oleh SPRM, berhubung sepucuk surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang daripada setiausaha politik beliau.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan