JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

600 Anggota APM Pulau Pinang Siap Siaga Hadapi Cuaca Tidak Menentu

28/11/2025 07:36 PM

BUKIT MERTAJAM, 28 Nov (Bernama) — Sebanyak 600 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berada dalam kesiapsiagaan penuh untuk digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan cuaca tidak menentu ketika ini.

Pengarah APM negeri Kol (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata kesemua mereka bersiap sedia 24 jam dengan tumpuan diberikan di kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) yang sering menerima kesan langsung limpahan air.

“Selain daripada hujan, limpahan air datang daripada negeri jiran Kedah berikutan air sungai melalui kedua-dua daerah tersebut sebelum keluar ke laut,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Skuad Ihsan MADANI di pekarangan Masjid Tengah Jalan Berapit, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya orang ramai diminta tidak terlalu bimbang kerana semua agensi kerajaan, swasta dan pihak berkaitan sentiasa bersedia membantu penduduk yang terjejas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini meminta orang ramai berwaspada dan membuat persediaan menghadapi episod hujan lebat khususnya ketika negara memasuki fasa Monsun Timur Laut (MTL).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan