JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Paras Air Beberapa Sungai Di Kelantan Melepasi Tahap Waspada, Amaran

17/12/2025 02:47 PM

KOTA BHARU, 17 Dis (Bernama) -- Beberapa sungai utama di Kelantan merekodkan paras air melebihi tahap waspada dan amaran setakat 11.30 pagi tadi susulan hujan berterusan di kawasan pedalaman.

Menurut laman sesawang Public InfoBanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran di Kuala Krai, aras air Sungai Lebir di Kampung Tualang mencatatkan bacaan 33.61 meter (m) melebihi tahap waspada setinggi 3.61m namun menunjukkan trend menurun, manakala Sungai Galas di Chegar Lapan merekodkan paras 33.02m, melepasi tahap waspada setinggi 1.02m dengan trend kekal.

Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang pula merekodkan paras air 56.28m, melebihi tahap waspada setinggi 0.28m dan berada dalam keadaan stabil, dengan hujan renyai sebanyak empat milimeter direkodkan di kawasan berkenaan.

Di Pasir Mas, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras air 7.7m, melepasi tahap waspada setinggi 0.7 meter dengan trend menurun manakala Sungai Kelantan di Jambatan Tendong merekodkan bacaan 4.78m, melebihi tahap waspada setinggi 0.78m dan menunjukkan trend menaik.

Di Tanah Merah, Sungai Kelantan di Kusial mencatatkan bacaan 13.34 meter manakala di Kusial Baru paras air direkodkan pada 13.56m, masing-masing melepasi tahap waspada dengan trend tidak berubah. 

Sungai Sokor di Kampung Sokor pula merekodkan paras air 19.9m, melebihi tahap waspada setinggi 1.9m dan menunjukkan trend menaik.

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang mencatatkan paras air 15.46m, melepasi tahap waspada setinggi 1.46 meter dan berada dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan