KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Sunway Theme Parks akan mengadakan sambutan ketibaan Tahun Baharu dengan kira detik dalam suasana penuh ceria dan bertenaga di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun pada 31 Dis, dengan persembahan secara langsung, aktiviti interaktif serta pertunjukan bunga api menakjubkan.
Sunway Theme Parks dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa “Santa Claus” masih berada di kawasan berdekatan dan sebelum kembali ke Kutub Utara, beliau akan berada lebih lama untuk bersama-sama meraikan malam terakhir tahun ini dengan para pengunjung, sekali gus menjadikan Malam Tahun Baharu sebagai satu lagi kemuncak perayaan terakhir musim percutiannya.
“Apabila jam menunjukkan detik dua belas, langit malam akan diterangi penuh warna-warni yang mempesonakan, mewujudkan suasana ceria dan detik yang tidak dapat dilupakan untuk menutup tirai 2025 dan menyambut tahun baharu bersama-sama,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, sambutan Malam Tahun Baharu tersebut merupakan sebahagian daripada jalan cerita perayaan taman tema berkenaan yang telah berlangsung sepanjang musim cuti, dengan Santa menukarkan salji kepada cahaya yang bersinar dan menjadikan percutiannya kepada satu pengembaraan penuh warna-warni.
Percutian kali ini dimeriahkan menerusi kempen Krismas Sunway Theme Parks, Santa On Holiday, yang berlangsung sehingga 11 Jan 2026, menyaksikan Santa berganding bahu dengan rakan percutiannya untuk menganjurkan pelbagai kejutan, aktiviti ceria dan detik perayaan yang memastikan kemeriahan berterusan jauh selepas Hari Krismas.
Kru perayaan Santa termasuk Himalaya Sports, rakan rasmi kempen itu yang membawakan pelbagai aktiviti bertenaga dan penglibatan berterusan di lokasi, bagi menambah keseronokan dalam perancangan percutian Santa.
Rakan sokongan F&N dan Li-Ning, juga menyertai pengembaraan itu, membantu Santa membawakan keceriaan dan mengekalkan semangat perayaan ke seluruh taman tema.
Penyertaan Coca-Cola dan Sunway Tiny Toys yang turut menyertai sambutan percutian Santa itu, menambahkan keceriaan menerusi kempen penebusan Krismas yang berlangsung dari 15 Dis 2025 hingga 11 Jan 2026.
“Para pengunjung yang membeli barangan Sunway Tiny Toys boleh menikmati minuman Coca-Cola percuma, dengan ganjaran tambahan bagi pembelian barangan bertemakan Coca-Cola, sekali gus mewujudkan suasana menyegarkan dalam menyambut perayaan,” menurut kenyataan itu.
Daripada pengembaraan percutian ceria Santa di bawah sinaran matahari hinggalah sambutan kira detik Malam Tahun Baharu yang gilang-gemilang, Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun menjanjikan musim perayaan yang tidak dapat dilupakan, penuh dengan keterujaan, warna-warni dan kemeriahan bersama.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial