SEREMBAN, 4 Jan (Bernama) -- Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau dekat sini maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 1 Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina petang tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau Supt Hasani Hussain berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Ismawanie Husna Ismail, 19 dan Nur Ain Zulaisya Zahrain, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika masing-masing yang juga pelajar Diploma Pengurusan Maklumat serta Diploma Komunikasi dan Media dari arah UiTM Rembau menghala ke Pekan Lubok Cina dalam keadaan cuaca baik.
“Apabila tiba di jalan selekoh, motosikal Yamaha NVX yang ditunggang Ismawanie Husna dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial