AM

Warga Emas Ditemukan Lemas Ketika Menjala

19/09/2024 11:59 PM

PENDANG, 19 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas ketika menjala ikan di Sungai Belakang Mada, Kampung Kobah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Roslan Mat berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang menerima panggilan daripada orang awam pada 11.20 pagi mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 63 tahun itu keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Jambul pada 9 pagi dan ketika sedang menjala mangsa dikatakan telah turun ke dalam air untuk menarik jala yang tersangkut.

“Pada masa sama arus kuat telah menarik mangsa masuk ke dalam terowong air sebelum warga emas itu kemudian ditemui terapung di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, katanya polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati pada musim banjir ini dan mengelak daripada menghampiri kawasan banjir dan sungai yang boleh mengundang bahaya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan