DUNIA

Parlimen Kemboja Luluskan Rombakan Kecil Kabinet Hun Manet

20/09/2024 02:06 PM

PHNOM PENH, 20 Sept (Bernama-Xinhua) -- Dewan Parlimen Kemboja pada Jumaat meluluskan rombakan kecil Kabinet Perdana Menteri Hun Manet, dengan dua menterinya bertukar portfolio, lapor Xinhua.

Atas permintaan Hun Manet, Parlimen meluluskan pelantikan Menteri Pelancongan Sok Soken, sebagai Menteri Pemeriksaan, manakala Menteri Pemeriksaan Huot Hak, dilantik sebagai Menteri Pelancongan.

Dalam ucapannya, Hun Manet berkata rombakan kecil ini dibuat bagi memenuhi "keperluan asas untuk meningkatkan pelaksanaan program politik kerajaan dengan lebih cekap dalam badan perundangan penggal ketujuh serta Strategi Pentagonal Fasa I".

Kabinet yang diketuai oleh Hun Manet dibentuk pada 22 Ogos 2023 untuk tempoh lima tahun.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan