DUNIA

China Pusat Inovasi Sasar Pasaran Global - Tinjauan Jerman

20/09/2024 04:15 PM

BEIJING, 20 Sept (Bernama-CMG) -- Syarikat Jerman di China giat meningkatkan penyetempatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengukuhkan daya saing produk mereka sekali gus menjadikan negara Tembok Besar sebagai pusat inovasi yang menyasarkan pasaran global, lapor Deutsche Welle (DW).

DW memetik laporan tinjauan 'Innovation Report 2024: Acceleration Through Localization' oleh Dewan Perniagaan Jerman Luar Negara (AHK) Greater China  yang menyebut usaha berterusan syarikat Jerman dalam menggerakkan penyetempatan R&D di China.

Hasil tinjauan AHK mendapati sebanyak 63 peratus responden menjalankan penyelidikan di China manakala 69 peratus sedang membangunkan produk mereka di China.

Menurut laporan berkenaan, hal itu memperlihatkan syarikat Jerman amat mementingkan pasaran China dan menganggap usaha memperkasa penyetempatan R&D akan mempercepat inovasi dan mengurangkan kos.

Selain terus memfokuskan kepada potensi pertumbuhan pasaran China, syarikat Jerman juga melihat China sebagai pusat inovasi untuk pasaran global.

Dalam tinjauan AHK, 29 peratus responden berkata R&D yang dijalankan mereka di China bukan sekadar untuk memenuhi keperluan tempatan, malah menyediakan produk inovatif kepada pasaran global.

--BERNAMA-CMG 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan