AM

Kerajaan Pastikan Warisan Etnik Sabah, Sarawak Terus Hidup - Anwar

20/09/2024 09:12 PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kerajaan beriltizam untuk memastikan warisan unik Kadazan serta semua etnik di Sabah dan Sarawak terus hidup dan diwarisi generasi akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata iltizam itu dinyatakan ketika beliau menerima kunjungan daripada Persatuan Kadazan Sabah (KSS) diketuai Presiden Datuk Seri Marcel Leiking bersama dengan lapan ahli jawatankuasa persatuan itu hari ini.

“KSS ialah sebuah pertubuhan yang komited dalam memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Kadazan di Sabah.

“Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti Kadazan, di samping bertukar pandangan berkaitan usaha memperkasakan budaya, bahasa dan tradisi yang menjadi identiti masyarakat ini,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau.

Perdana Menteri juga berharap agar kerjasama erat antara kerajaan dan KSS terus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional melalui keunikan budaya pelbagai kaum di negara ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan