POLITIK

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Beberapa Negeri

21/09/2024 04:45 PM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Perlis dan Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Sri Aman dan Sarikei (Pakan dan Julau) dijangka mengalami fenomena cuaca yang sama.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran itu bagi Sandakan, Sabah merangkumi Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan