JENAYAH & MAHKAMAH

Kerajaan Pastikan PDRM Kendali Siasatan Kes GISBH Dengan Telus - PM Anwar

28/09/2024 02:19 AM

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kerajaan akan terus memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan siasatan terkait kegiatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dengan telus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini termasuk memastikan 542 orang kanak-kanak bawah 18 tahun ditempatkan di penempatan perlindungan sementara diberikan akses kebajikan, kaunseling, kerohanian dan pendidikan bagi suatu tempoh sehingga selesai siasatan oleh pihak PDRM, Jabatan Agama Islam serta Majlis Agama Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut memohon ahli dan para pendukung GISBH di dalam dan luar negara yang bukan di bawah siasatan untuk menghubungi pihak berkuasa.

“Ia bagi meluruskan segala permasalahan yang dihadapi,” katanya.

Polis mengadakan serbuan Op Global pada 11 Sept terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu dikaitkan dengan GISBH.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan