JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan 15 Termasuk Kanak-kanak Dalam Operasi Samseng Jalanan

28/09/2024 08:43 PM

GEORGE TOWN, 28 Sept (Bernama) -- Polis menahan 15 lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dalam operasi khas samseng jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Tun Dr lim Chong Eu, Bayan Lepas dekat sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.

"Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut menyita 14 motosikal serta sebuah kereta yang digunakan mereka untuk siasatan lanjut.

"Dalam operasi oleh 53 pegawai dan anggota polis termasuk dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman itu, pihak kami turut mengeluarkan 159 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata operasi mencegah mat rempit dan samseng jalanan itu akan dijalankan dari semasa ke semasa terutama pada hujung minggu bagi membanteras kegiatan tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan