AM

Ribut Petir Diramal Landa Hampir Semua Negeri Sehingga Petang Ini

03/10/2024 03:33 PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ribut petir diramal berlaku di hampir semua negeri sehingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran dikeluarkan pada 1.55 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Putrajaya.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka melanda beberapa daerah di Kelantan, termasuk Kuala Krai dan Gua Musang serta di Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).

Selain itu, ribut petir dijangka turut melanda Selangor (Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban), Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang).

Di Sabah, keadaan sama diramal berlaku di Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan).

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan