AM

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Pemuda Yang Hilang

04/10/2024 04:12 PM

KUANTAN, 4 Okt (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pemuda yang dilaporkan hilang pada 8 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof berkata pihaknya telah menerima laporan kehilangan Muhamad Shuqrie, 24, pada 15 Sept daripada ibu lelaki berkenaan.

Beliau berkata lelaki yang berpakaian jaket bewarna hitam berjenama Adidas, berseluar warna gelap itu kali terakhir dilihat di Kampung Salang, Pulau Tioman, Rompin. 

"Muhamad Shuqrie berkulit sawo matang dengan ketinggian 175 sentimeter dan berbadan sederhana gempal. Pencariannya telah dibuat di sekitar Pulau Tioman namun itu tidak ditemukan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Nor Azman berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin di talian 09-4145999.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan