AM

MPFN Setuju Bangunkan Pelan Perancangan Spatial Marin Malaysia - PM

23/10/2024 10:31 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah memutuskan untuk membangunkan pelan perancangan spatial marin Malaysia bagi memacu pelaksanaan Ekonomi Biru dan tadbir urus kelautan negara.

Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-46 hari ini, berkata pembangunan itu akan dapat meningkatkan potensi lautan negara.

“Kerajaan yakin pembangunan dasar yang jelas ini akan membolehkan potensi lautan negara dapat dioptimumkan sebagai sumber ekonomi negara di samping meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek pelaburan di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata mesyuarat itu juga bersetuju untuk terus memperkasa pembangunan infrastruktur mesra Orang Kurang Upaya di setiap bangunan dan tempat awam selaras prinsip MADANI yang menekankan konsep inklusiviti bagi memastikan tiada kelompok diabaikan dalam menikmati pembangunan Malaysia.

Anwar berkata mesyuarat itu adalah platform perbincangan penting antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meneliti perkara terkait perancangan pembangunan bandar, desa dan guna tanah negara untuk dimanfaatkan secara bersama.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan