AM

PM Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Manjeet Singh Dhillon

30/10/2024 03:46 PM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Presiden Badan Peguam Malaysia Manjeet Singh Dhillon yang meninggal dunia, Isnin lepas.

Beliau menyifatkan mendiang sebagai seorang sahabat baik, selain merupakan seorang peguam hebat dan arif dalam bidangnya.

“Sebagai seorang rakan karib, saya terkesan atas pemergiannya. Takziah sekali lagi kepada keluarga mendiang Manjeet,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Manjeet, 82, yang berkhidmat sebagai Presiden Badan Peguam Malaysia dari 1991 hingga 1992 dan pernah menjadi Presiden Royal Lake Club meninggal dunia di rumahnya.

Antara kes berprofil tinggi dikendalikan oleh mendiang termasuk pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain iaitu pembelaan N. Pathmanabhan, seorang daripada empat tertuduh.

Peguam jenayah berkenaan juga merupakan peguam bagi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes sivil yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh pada 2006.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan