JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja Perempuan Maut Rempuh Kereta Buat Pusingan U

31/10/2024 03:07 PM

REMBAU, 31 Okt (Bernama) -- Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di kilometer 32.1 Jalan Seremban-Tampin, Pekan Chengkau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata Nurul Khaiira Mohd Zamri yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas melanggar kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun.

Beliau berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari rumah di Seremban Jaya menghala ke Tampin.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggangnya melanggar sisi kanan kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U dari bahu jalan sebelah kiri arah yang sama dan mahu berpatah balik ke arah Pekan Rembau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa di bawa ke forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat.

Shaik berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan