AM

Ramanan Diberi Mandat Jawab Isu Hal Ehwal Masyarakat India Di Parlimen

06/11/2024 04:20 PM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan diberikan mandat untuk menjawab soalan dan isu berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat hari ini. 

Ramanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas bersama beliau dan pengurusan MITRA serta beberapa Ahli Parlimen yang mewakili masyarakat India, dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan pandangan dan idea untuk terus memperkasakan komuniti India.

“Perdana Menteri juga mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk menyelaras dan memperbanyak program berkaitan komuniti India.

“Bagi tujuan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan dipertanggungjawabkan untuk menyelia bagi memastikan antara lain peruntukan dalam Belanjawan 2025 bagi komuniti itu mencapai matlamat,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan