GUA MUSANG, 6 Nov (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan kerjasama dengan beberapa penyedia perkhidmatan solar bagi pemasangan di kawasan pedalaman yang belum menerima bekalan elektrik.
Ketua Pengarah JAKOA Datuk Sapiah Mohd Nor berkata pada tahun lepas sahaja sebanyak 1,000 tiang solar dipasang di kampung masyarakat Orang Asli.
"JAKOA akan terus membantu penduduk Orang Asli sementara mereka menunggu bantuan bekalan elektrik luar bandar," katanya ketika mengulas mengenai permohonan Orang Asli di Pos Gob dan Kampung Kacheng di sini yang belum mendapat akses bekalan elektrik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Gob Adi Liman berkata terdapat penduduk yang menggunakan generator tetapi disebabkan faktor jarak yang jauh dari bandar dan jalan rosak menyukarkan mereka mendapatkan bekalan bahan api bagi menghidupkan mesin tersebut.
“Hanya penduduk di Kampung Gob dan Kampung Kacheng dapat menikmati elektrik selepas menerima bantuan sistem solar dua tahun lepas, bagaimanapun masih ada 16 kampung menggunakan lilin dan pelita pada waktu malam,” katanya.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial