AM

TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown Jana Hampir 80,000 Pesanan Siaran Langsung

11/11/2024 09:06 PM

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown telah menarik lebih lima juta rakyat Malaysia untuk berhubung dengan pencipta kandungan tempatan kegemaran mereka, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta jenama dari 7 hingga 11 malam semalam, sekali gus menjana hampir 80,000 pesanan siaran langsung.

Ketua Komunikasi Pemasaran TikTok Shop Malaysia Nur Aisya Rosly berkata TikTok Shop mengukuhkan komitmen untuk memperkasakan PMKS tempatan dengan memberi tumpuan kepada produk buatan Malaysia menerusi segmen khas #JomLokal semasa siaran langsung itu.

"Sangat mengujakan melihat jenama-jenama buatan Malaysia seperti Dapur Pak Amir, Shiffa Curry Powder dan Empat Beranak bersinar di atas pentas, bukan sahaja di hadapan ribuan penonton yang hadir secara fizikal di stadium, tetapi juga jutaan penonton menerusi siaran langsung TikTok Shop dan siaran TV3,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Beliau berkata siaran langsung menerusi @tiktokshop_my dan TV3 itu mengetengahkan promosi, diskaun dan baucar yang menarik untuk pembeli dalam talian menikmati penjimatan ekslusif pada TikTok Shop 11.11 Mega Sale.

Nur Aisya berkata kehadiran pencipta terkemuka seperti @khairulaming, @yang, @neelofa, @sallywhoo, @dearcarynn dan @tulippetals dalam siaran langsung itu memberikan penonton pengalaman Shoppertainment yang menarik, dengan hiburan dan membeli-belah digabungkan.

Beberapa rakyat Malaysia bertuah juga memenangi peluang membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi dan motosikal Honda ADV 160 serta Honda Wave.

“Siaran langsung ini mendapat sokongan padu daripada komuniti pembeli, pencipta, penjual dan rakan kongsi TikTok Shop termasuk Maybank, Bulan Bintang, Oatside, Hausboom, Maggi, Munchy’s, Elianto dan 888 Tea & Coffee, yang semuanya menyumbang kepada kejayaan acara itu,” katanya.

TikTok Shop 11.11 Mega Sale membolehkan pembeli menikmati banyak baucar Penghantaran Percuma di seluruh platform, yang boleh digabungkan dengan baucar Diskaun Platform dan Diskaun Penjual, yang menawarkan pembeli jimat hingga tiga kali ganda.

Selain itu, tawaran ‘Harga Hangat’ turut menampilkan potongan harga hingga 80 peratus daripada jenama terkenal termasuk Sony, Farm Fresh, Skintific dan GB Gold.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan