AM

McCormick Lancar Kempen 'Cipta Memori Segar Bersama McCormick'

13/11/2024 07:38 PM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Peneraju produk perisa McCormick melangkah ke era  transformasi baharu di Asia Tenggara dengan melancarkan kempen ‘Cipta Memori Segar Bersama McCormick’.

Dalam satu kenyataan, McCormick memaklumkan kempen itu memperkenalkan Spice Stars yang pertama seumpamanya di Malaysia, pembungkusan baharu inovatif, dan barisan produk yang bakal dilancarkan oleh jenama legasi berusia 135 tahun yang sememangnya terkenal dengan kualiti serta kesegaran. 

Pengarah Urusan McCormick India-Asia Tenggara Priya Sharma dalam kenyataan itu berkata melalui penjemaan semula, mereka ingin memberikan penghargaan kepada hidangan istimewa yang menggunakan herba dan rempah ratus keluaran jenama ini yang menambah kelazatan untuk setiap hidangan yang dimasak pengguna di Malaysia dan seluruh dunia.

“Selama beberapa dekad, pengguna di rantau ini sudah biasa dengan herba dan rempah ratus McCormick, dan mereka tahu produk kami menjadi bahan tambahan penting untuk menambah kelazatan dalam makanan mereka. McCormick bermatlamat membantu pengguna mencipta kembali memori masakan seiring gaya hidup moden.

“Kami berbesar hati berkongsi reka bentuk baharu pembungkusan kami yang telah direka secara inovatif mengambil kira pandangan pengguna. Kami yakin McCormick akan terus menjadi rakan kongsi boleh dipercayai kepada pengguna untuk mencipta kenangan menerusi hidangan baharu bersama keluarga serta rakan-rakan,” katanya.

Buat julung kali, Spice Stars menampilkan tiga pencipta kandungan iaitu Michelle Yeong yang berkongsi mengenai betapa mudahnya menyediakan hidangan di rumah, Syifa Jamil yang merangkul anugerah menerusi video dihasilkannya yang memaparkan teknik memasak tradisional dan kontemporari manakala Abdul Qayyum Halid yang popular dengan Chesayangkitchen.

"Spice Stars mengetengahkan memori mereka yang berkaitan makanan yang menggunakan perisa ikonik jenama itu. McCormick dan Spice Stars memuat naik kandungan kempen itu di halaman media sosial mereka," menurut kenyataan itu.

Abdul Qayyum yang cukup sinonim dengan video "2 minit, 1 resipi", berkongsi cara memasak hidangan yang lazat dengan cepat selain mengimbau detik-detik indah yang membangkitkan nostalgia.

“Ketika kecil, ibu bapa saya akan memberi ganjaran dengan benda yang saya suka setiap kali mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan dan saya sering minta nak makan ayam goreng. Terima kasih kepada herba dan rempah ratus McCormick, saya dapat imbau semula kenangan terindah ini,” katanya.

Selain berkongsi makanan kegemaran dan kenangan di seluruh rantau ini, McCormick terus memacu inovasi dengan memperbaharu pembungkusan yang menampilkan reka bentuk lebih kemas dan elegan  membolehkan pengguna menikmati kualiti dan rasa terbaik dalam juadah mereka.

Peralihan daripada botol plastik kepada kaca serta penggunaan penutup SnapTight™ serba baharu mampu mengekalkan kesegaran herba dan rempah ratus McCormick untuk tempoh lebih lama.

"Penambahbaikan reka bentuk lain yang mesra pengguna termasuk nama herba dan rempah ratus dipaparkan pada penutup, tarikh luput di penutup dan botol, label yang lebih jelas untuk memudahkan pemantauan dan penutup mesra pengguna yang boleh menggunakan sudu atau renjisan," menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini, McCormick turut melancarkan sos BBQ Grill Mates dengan perisa Spicy Korean dan Sichuan Mala dan bakal melancarkan siri inovasi produk seperti Shake Shake Black Pepper & Truffle Flavoured Seasoning dan Air Fryer Marinade Mixes dalam masa terdekat.

Boleh didapati di semua pasar raya utama di Malaysia, produk berkenaan telah disesuaikan untuk memenuhi kehendak pengguna Malaysia, menunjukkan dedikasi jenama ini terhadap inovasi berterusan dan begitu memahami cita rasa hidangan tempatan.

"Seiring evolusi McCormick dalam menghasilkan produk memenuhi cita rasa pilihan serantau, nantikan kemunculan kempen lebih menarik yang mencerminkan semangat inovatif serta produk memenuhi cita rasa, pilihan dan gaya hidup pengguna di seluruh Asia Tenggara," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan