KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.
"Saya baru saja bertemu Dr Ahmad semasa lawatan ke Mesir. Semoga Allah mengurniakan Syurga Firdaus kepada Allahyarham dan memberikan kesabaran serta ketabahan kepada keluarga Dr Ahmad atas kehilangan itu.
"Doa dan ingatan saya bersama beliau. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut laman sesawang Muslim Council of Elders, kakak Dr Ahmad, Samiha Mohammed Ahmad Al-Tayyeb meninggal dunia semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial