JENAYAH & MAHKAMAH

Imigresen Tahan 28 Pendatang Tanpa Izin Di Gua Musang

15/11/2024 08:59 AM

KOTA BHARU, 15 Nov (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 28 pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan selama dua hari di Gua Musang yang berakhir semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen (Pengurusan) Kelantan Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata kesemua lelaki yang ditahan itu terdiri daripada 18 warga Indonesia, tujuh warga Bangladesh dan tiga warga Myanmar berumur lingkungan 19 hingga 50 tahun.

"Operasi yang bermula pukul 2 petang itu dijalankan di beberapa premis di sekitar Gua Musang, iaitu Kampung Jerek Bertam, Ladang Blau dan Meranto membabitkan 20 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan, JIM Kelantan.

"Kesemua warga asing ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan semalam.

Nik Akhtarulhaq turut menggesa orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang. 

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi pendatang tanpa izin,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan