KOTA BHARU, 15 Nov (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Seri Razarudin Husain menggesa rakyat Malaysia yang ingin ke Golok, Thailand menggunakan laluan sah bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang dikenakan.
Beliau berkata walaupun telah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia menggunakan pangkalan haram, secara tidak langsung ia membuka peluang kepada penyeludup melakukan jenayah rentas sempadan.
"Rakyat Malaysia kena masuk melalui laluan legal point (laluan sah) dan bukannya illegal point (laluan haram) seperti pangkalan haram yang tidak mempunyai pemeriksaan kastam, imigresen dan lain-lain pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai lambakan rakyat Malaysia yang memilih melalui pangkalan haram untuk ke Golok berbanding laluan sah.
Pada 10 Nov lepas, Pasukan Gerakan Am (PGA) mengakui pengkalan haram menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk Golok.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid dilapor berkata ia berikutan terdapat banyak pangkalan haram sepanjang Sungai Golok terutama di Rantau Panjang.
Menurutnya, PGA sentiasa meningkatkan dan memperketat kawalan di sepanjang Sungai Golok namun pada masa sama kita juga berdepan kekangan keanggotaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial