AM

Kerajaan Sasar REE Dapat Diproses Tiga Tahun Akan Datang - Rafizi

17/11/2024 04:29 PM

KOTA BHARU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan unsur nadir bumi (REE) akan dapat diproses dalam tempoh tiga tahun lagi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata ini berikutan teknologi untuk memproses REE hanya terdapat di China dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu sedang dilaksanakan.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata perkara ini menjadi agenda perbincangan diantara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya iaitu Li Qiang.

"Oleh itu kita tunggu hasil perbincangannya dan perancangan kami agar dalam tempoh dua hingga tiga tahun daripada sekarang, kita harus berjaya pastikan REE dapat diproses dalam negara.

“Sekiranya ia dapat diproses, ia memudahkan negeri untuk mengawal selia dan melesenkan perlombongan mereka untuk pembangunan REE,” katanya dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13, (RMK-13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Rafizi berkata kerajaan juga berbincang untuk mendapatkan teknologi memproses REE dan ia tidak boleh mengambil masa yang lama kerana ia akan memberi tekanan kepada kerajaan negeri.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan