ALOR GAJAH, 18 Nov (Bernama) -- Seorang pengurus kilang yang dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai ketika hendak membuang air di Sungai Pengkalan di sini semalam, ditemukan maut kira-kira pukul 2.25 petang tadi.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mayat Mokthar Othman, 61, ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir arwah dilihat semalam.
"Pasukan bomba kemudian membawa mayat berkenaan ke pos kawalan untuk diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial