AM

CAP Harap KKM Ikut Saranan Sultan Pahang Haramkan Vap

19/11/2024 09:03 AM

GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dapat menurut titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vap diharamkan secara total.

Pegawai Pendidikan CAP N.V Subbarow berkata pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sultan Pahang berhubung saranan itu kerana ia dapat menyelamatkan nyawa generasi akan datang.

"CAP sangat gembira dengan titah Sultan Pahang itu dan inilah berita yang kami, ibu bapa serta guru-guru sekolah tunggu.

"Masalah vap itu bukan sahaja di Pahang tetapi di seluruh negara, CAP harap KKM mendengar titah Sultan Pahang tersebut dengan mengharamkannya untuk menyelamatkan nyawa generasi akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan Sultan Pahang menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vap diharamkan secara total.

Saranan itu susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang terutamanya dalam kalangan belia berdasarkan statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Titah baginda antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vap yang merosakkan kesihatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan