JENAYAH & MAHKAMAH

Badan Peguam Malaysia Buka Pusat Mediasi Di Bar Auditorium, Tanjong Mas

24/11/2024 07:13 PM

KOTA BHARU, 24 Nov (Bernama) -- Mediasi telah terbukti sebagai kaedah paling bermanfaat bagi alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh di mahkamah.

Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata Pusat Mediasi Kelantan (PMK) akan mengendalikan sesi mediasi di negeri ini dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.

"Penubuhan pusat sebegini, terutama di kawasan-kawasan yang berbeza di Malaysia adalah penting bagi memastikan keperluan penyelesaian pertikaian bagi semua rakyat Malaysia dapat dipenuhi," katanya kepada Bernama selepas merasmikan PMK di Bar Auditorium, Tanjong Mas di sini, hari ini.

Mohamad Ezri berkata mediasi menyediakan suasana yang lebih manusiawi selain menggalakkan penyelesaian pertikaian berbanding dengan litigasi konvensional yang sering bersifat pertentangan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan