PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) -- Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada seorang kontraktor sebagai balasan mendapatkan kerja membaik pulih rumah daif di sebuah daerah negeri itu.
Menurut sumber lelaki berumur 40-an itu ditahan 2 petang hari ini, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar bulan Jun 2021.
“Suspek telah menerima wang rasuah daripada kontraktor terbabit bagi mendapatkan kerja membaik pulih ‘Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di Bandar Program Pembasmian Kemiskinan Bandar',” kata sumber berkenaan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam pagi esok untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial