Daripada N. Sevagamy
NEW DELHI, 26 Nov (Bernama) -- Seramai 27 wartawan diaspora India dari 11 negara mengambil bahagian dalam Know India Programme (KIP) edisi ke-79, satu inisiatif tiga minggu yang dianjurkan oleh kerajaan India.
Penyelaras program Shalini Sharma berkata peserta antara lain dari Malaysia, Mauritius, Singapura, Indonesia, Fiji, Sri Lanka, Kenya dan New Zealand.
Beliau berkata program itu yang bermula pada 25 Nov hingga 13 Dis depan bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai India, meliputi pembangunan merentasi pelbagai sektor seperti ekonomi, industri, pendidikan, budaya serta sains dan teknologi.
"Matlamat utama KIP adalah untuk mengukuhkan hubungan antara belia diaspora India dengan tanah air nenek moyang mereka dengan meningkatkan pengetahuan mereka tentang India," kata Sharma kepada Bernama di sini semalam.
Beliau berkata peserta bakal berpeluang untuk mempelajari sejarah, budaya dan nilai tamadun India selain melihat kemajuan pesat teknologi negara itu dalam pelbagai bidang.
Program itu turut membawa peserta melawat lokasi menarik seperti Reserve Bank of India, Kementerian Teknologi Elektronik dan Informasi, Memorial Perang Nasional, Parlimen dan Perpustakaan, Muzium Nasional dan Qutub Minar, Taj Mahal dan Press Trust of India.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial